Monday, April 13, 2015

Flip Trade

Sempena ulang tahun hari lahir aku pada hari ini, disini aku ingin menceritakan pejalanan aku dalam dunia pelaburan forex... walaupun perjalanan pelaburan aku dimulakan dengan menjadi unit trust agen, kemudian menceburi dalam Bursa Malaysia, kemudian berjinak dengan Options Trading dan U.S Stocks.. Namun sekarang hanya hidup dalam dunia forex... 

Jika nak baca ilmu aku yang lepas-lepas, boleh klik pada link-link ini... Macam2 ada kat situ... Itupun dah ada beberapa blog yang aku delete seperti cara newstrading, masa tu famous untuk trade NFAM.. Itu semua kenangan.. Kini aku hanya guna simple method... Dalam perjalanan yang aku belajar dalam blog kat bawah ini, banyak yang aku dah buang dalam bakul sampah, terutama FUNDAMENTAL dan INDIKATOR... Boleh klik link bawah jika nak belajar... Btw sekali sekala aku update jugak blog dibawah, kekadang aku recycle info dia semula


Secara peribadi ilmu CSR100 yang di ajar oleh Masta JGV adalah yang terbaik, nasib baik aku kompile dan simpan dalam blog tu, jika nak baca di carigold, jenuh klik... Dlm blog tu sudah cukup jika ingin mendalami ilmu CSR100... Jika practice sampai lebam, InsyaAllah profit milik anda...

.... Dan blog ini, ialah perjalanan aku yang terkini selepas selepas mendalami ilmu price actions... Aku rasa nama FlipTrade ini macam best jer, walaupun teknik yang aku guna bukannya 100% hasil flip support and resistance... Tapi aku suka nama tu, nak buat macam manakan...Jom Trade the flip...

Jika diringkaskan, pada masa sekarang, aku hanya focus pada price actions setup yang berlaku di support or resistance.. 

Price Action Setups

1. Pin Bar Reversal
2. False Break Inside Bar
3. Outside Bar
4. Engulfing Bar

Support and Resistance

1. Horizontal Line/ Zone
2. SBR or RBS Line/Zone
3. Strat Shadow
4. BRN

Apa yang aku dah tinggalkan..

1. Chart Patterns
2. Trend Lines
3. Fibonacci
4. Indicators selain dari apa yang tersenarai di atas.

FlipTrade akan dimulakan dengan mengambil GEM atau INTAN yang terdapat dalam 4 blog di atas. Apabila aku dah selepas simpan INTAN dalam blog ini, baru aku ceritakan perjalanan aku sekarang.

Perbezaan yang ketara antara blog yang 4 tu dengan blog ini, ialah isinya ditulis dalam BM kecuali trading terminologi yang aku tak reti nak ubah...

Terima Kasih

Admit of Flip Trade

No comments:

Post a Comment