Fikiran anda lebih tenang jika melihat chart yang kemas dan cantik. Untuk pastikan chart nampak kemas dan cantik, maka chart kena clean dan simple - terbaik jika cuma terdapat price dan line sahaja. Maka disitu munculnya istilah Naked Trader, ia bukan bermaksud trade dalam keadaan naked, tapi merujuk kepada trade hanya rujuk kepada price.
Jika dulu aku letak macam-macam dalam chart, sekarang aku cuma perhatikan price actions. Price actions mungkin terdiri daripada candlestick price patterns seperti Pin Bar atau Engulfing Bar. Itu jika kita merujuk kepada specifik price action setups. Namun dari price reactions, kita akan mengenalpasti support dan resistance. Benar, aku mencari support dan resistance yang wujud dari tindakbalas price pada zone tersebut..
Support dan resistance adalah asas yang perlu difahami oleh setiap Trader. Ia amat powerful dan paling sering diguna oleh price
action trader.
Ingat, mula-mula, kita perlu biasakan mata untuk mencari support dan resistance yang terbentuk dari price reactions.
Secara asasnya:-
Secara asasnya:-
Support macam Lantai. Resistance pula macam Siling.
Semasa uptrend; apabila price mendaki; akan berlaku dimana price akan membuat U-Turn apabila mencecah puncak. Apabila price mencecah puncak, price membuat U-turn yang juga dikenali sebagai Retracement. Retracement ialah situasi dimana price turun 'sementara' sebelum meneruskan pendakian.
Kemungkinan atau andaian yang perlu dipegang oleh setiap trader semasa Up Trend iailah:
- Price mendaki, membentuk puncak dan membuat U-Turn. Level tertinggi pada puncak ini dilabel sebagai High (H) @ Resistance . Jika uptrend 'intact, maka level ini akan 'dipecahkan' @ breakouts. Level H ini ialah Resistance yang kita cari untuk mengenalpasti uptrend.
- Pada level price membentuk puncak di High (H), price kemudian membuat U-Turn. Jika uptrend intact, proses u-turn ini hanya sekadar retracement bukannya petanda trend bertukar @ Trend Change. Proses retracement ini hanya sementara. Proses retracement 'valid' selagi price tidak pecahkan level Low @ HL yang sebelumnya. Untuk yakin bahawa u-turn @ retracement telah berakhir, maka wajib untuk kita tunggu pembentukan Candlestick Reversal Sign (CRS). Proses pembentukan CRS merupakan petanda pembentukan HL yang baru sebelum price meneruskan pendakian. Pendakian dari HL yang terbaru ini, hampir pasti akan menyebabkan berlakunya 'breakouts' pada level H@Resistance.
- U-turn yang menyebabkan pembentukan resistance dan support adalah level dimana kita akan labelkan High, Low, Higher High dan Higher Low - iaitu petanda up trend. Jika U-turn yang menyebabkan pembentukan resistance dan support dimana kita labelkan sebagai Low, High, Lower Low dan Lower High - ini petanda down trend.
Kita boleh simpulkan disini bahawa "resistance" dan "support" ialah
level dimana kita labelkan H,L,HH,HL atau L,H,LL,LH dan seterusnya. Label ini amat penting untuk memberi petanda samada price uptrend atau downtrend. Kita harus sentiasa mencari 'Who is in control of price' dan ia amat mudah sekiranya label lokasi u-turn pada tempat u-turn yang betul. Untuk rujukan, kita harus ingat, significant u-turn disusuli dengan breakouts... Oleh itu
- Selepas price membuat u-turn dari level High(H), kemudian price akan sekali lagi membuat u-turn yang kita kenali sebagai HL. Pembentukan HL memberi tanda bahawa, uptrend still intact, dan seterusnya price menerusnya pendakian dan sehingga menyebabkan berlaku ' breakouts' pada level High @ Resistance @ Puncak. Seterusnya, breakouts ini telah mencipta 'high' yang baru yang dikenali sebagai Higher High @ HH.
- Zone dimana 'breakout' berlaku sehingga membentuk puncak yang baru iaitu New HH. Fungsi Resistance @H terhapus, dan fungsi level ini berkemungkinan akan bersifat support. Ini ialah SIFAT FLIP yang kita cari dalam FLIP TRADE. Namun sifat FLIP ini hanya terbukti sekiranya price bounce semasa price RE-TEST level ini setelah membuat u-turn@ retracement dari New HH.
- Apabila price mendaki tinggi selepas breakouts. Puncak yang baru terbentuk iaitu New HH. Sekali lagi price akan membuat U-Turn. Proses ini dinamakan retracement. Level breakouts dinamakan RBS; resistance become support. Level RBS merupakan zone yang berkemungkinan retracement akan berakhir. Maka price action trader; menunggu CRS di level ini. RBS juga merupakan level dimana price action trader intai peluang untuk BUY
Konsep untuk Downtrend ialah sebaliknya..