Saturday, May 23, 2015

Line or Zone - What is RBS Zone?

  











Chart di atas ------> SBR atau RBS tidak semestinya satu point atau garisan yang tepat, ia lebih kepada satu zone. 

Soalan: Dimanakah Garisan Horizontal line ini ?

1) Pada Open @ Close Price ATAU
2) High @ Low Price

Jawapan:

Bagi saya kedua2nya tidak significant di sebabkan SBR/RBS tidak semestinya satu garisan atau point yang tepat. Mungkin ianya juga merupakan satu zone. Cuba perhatikan chart2 yang saya postkan. Saya langsung tidak melihat pada Candlesticks....Open/Close/High/ low. Saya cuba menjadikan TEKNIK CSR100 sesimple mungkin. ILMU Candlesticks memang boleh membantu tetapi untuk Teknik ini kita boleh lupakan dan hanya FOKUS pada Significant Support & Resistance dan Trade with the Trend. Kefahaman ttgn PA (Analisa Peaks & Troughs) dan juga FENOMENA ROLE REVERSAL amat penting. Itu aja yang di perlukan untuk memahirkan diri dengan TEKNIK CSR100. Cukup SIMPLE kan !

Note: SR Line but SBR or RBS can be a LINE or a ZONE.

Thursday, May 21, 2015

Apa itu Breakout Dalam FlipTrade Ala CSR?

Soalan?
 

" Terima kasih kepada master JGV menurunkan ilmu step by step. Walaupun dah biasa dengar SnR ni, tapi masih tak mendalami nyer sangat. Mungkin kena belajar bagaimana yg dikata BREAKOUT atau REVERSAL? Berapa pip baru benar2 Breakout or Revesal ni?? sbb di TF kecil pasti dah breakout tapi TF lebih besar masih belum dikata Breakout. Jadi mana satu kita nak ikut ya???begitu jugak kalau berlaku Revesal"

Jawapan dari Masta JGV100

Satu soalan yang cukup BAGUS. Dalam CSR tiada ISTILAH atau TERM "REVERSAL". Oleh itu sila abaikan ya. Sekiranya soalan anda adalah mengenai FENOMENA ROLE REVERSAL-----> SBR & RBS (rujuk pada chart yang saya post sebelum utk gambaran yg lebih jelas).

BREAKOUT pada setiap TF memang berbeza dengan TF yang lain. Anda hanya perlu FOKUS pada TF dimana anda membuat ANALISA. 


Selepas berjaya membuat BREAKOUT, Price itu mesti membuat Significant New Low (support) atau Significant New High (resistance) untuk di kira valid

TIADA SPECIFIC PIPS untuk mengatakan BREAKOUT telah berlaku. Anda juga tidak perlu merujuk TF lebih besar untu melihat BREAKOUT. 

Yang anda perlu rujuk di Tf lebih besar adalah TREND SEMASA. TRADE with Higher TF. Jangan salah faham disini. PASTIKAN anda dapat membezakan kedua2nya

Definition of clean breakouts?

Clean breakout = breakout yang jelas dan nyata di lihat di atas chart. Harus dapat di bezakan antara false breakout, proses breakout dan clean breakout. Untuk Setup CSR100, price mesti membuat clean breakout (betul2 breakout & bukannya proses breakout atau false breakout) dan seterusnya membuat significant high (HH) atau significant low (LL). Clean breakout juga boleh di lihat berdasarkan pergerakan prices (jumlah pips) ketika tembus support & resistance sehingga ke next support & resistance. Lebih besar TF, biasanya lebih besar jumlah pipsnya. Sila rujuk dan study chart2 yang saya postkan. Dengan praktise yang berterusan saya pasti dan yakin, anda akan faham apa yang di katakan clean breakout.
 

PENTING:

BREAKOUT adalah petanda awal akan berlakunya FENOMENA ROLE REVERSAL. Dengan lain pekataan, TREND SEMASA masih berterusan. JADI kita perlu bersedia untuk intai peluang masuk POST jika price berjaya membuat "RETRACEMENT" sehingga ke garisan/zone BREAKOUT (SBR & RBS). Inilah yang di namakan TRADE with the TREND.

Wednesday, May 20, 2015

Mencari Flip Zone - What is SBR Line or Zone

  











Trend - Down Trend

Istilah2 penting yang perlu di ambil perhatian disini, S n R, Breakout, SBR , H - L - LH - LL - LH - LL dan seterusnya.

Perhatikan dimana kedudukan SBR dan bagaimana ianya di lukis secara manual. SBR dikenalpasti apabila wujudnya Support dan Breakouts - Dalam erti kata lain, tanpa Support dan Breakouts - ia bukan SBR dan sebaliknya, tanpa Resistance dan Breakouts - ia bukannya RBS.


Nota:

Teknik ini based pada pure price action sahaja dan tidak ada apa2 pengiraan di buat. SBR hanya boleh di lukis apabila fenomena "Role Reversal" berlaku. Mesti ada Support, Breakout dan Resistance. Fungsi Support telah berubah kepada Resistance. SBR = Support become Resistance. Untuk RBS adalah sebaliknya. Rujuk balik kepada Charts,

Thursday, May 14, 2015

Fenomena Role Reversal or SnRFlip

FENOMENA ROLE REVERSAL-----------> berlaku apabila "Support atau Resistance" telah bertukar fungsi pada satu garisan atau zone , SBR (Support become Resistance) dan RBS (Resistance become Support).

Dengan lain perkataan:

1. SBR

Price berjaya breakout di "Support" lalu membentuk New Low (New Support). Price kemudian RETRACE semula ke garisan atau zone Support terdahulu tetapi tidak berjaya break lalu berlaku pertukaran fungsi pada garisan atau zone tersebut. Garisan atau zone itu telah menjadi "Resistance".

2. RBS


Price berjaya breakout di "Resistance" lalu membentuk New High (New Resistance). Price kemudian RETRACE semula ke garisan atau zone Resistance terdahulu tetapi tidak berjaya break lalu berlaku pertukaran fungsi pada garisan atau zone tersebut. Garisan atau zone itu telah menjadi "Support"

Mungkin chart di bawah ini akan dapat memberi gambaran dengan lebih jelas :-

Wednesday, May 13, 2015

Support And Resistance For FlipTrade

A1. SUPPORT & RESISTANCE

SUPPORT -----> terjadi apabila price/market bergerak dari atas ke bawah tetapi gagal melepasi satu garisan / zone dan berpatah balik ke atas. "Any part at which the market stopped going down and turned up"

RESISTANCE----> terjadi apabila price / market bergerak dari bawah ke atas tetapi gagal melepasi satu garisan / zone dan berpatah balik ke bawah. "Any part at which the market stopped going up and turned down"











A2 . BREAKOUT & FENOMENA ROLE REVERSAL

BREAKOUT-----> Price berjaya melepasi Support atau Resistance dan selalunya adalah point/garisan/zone di mana berlakunya pertukaran fungsi "Support n Resistance"

ROLE REVERSAL-----> "Support atau Resistance" telah bertukar fungsi pada satu garisan atau zone , SBR dan RBS

SBR -----> SUPPORT BECOME RESISTANCE













RBS------> RESISTANCE BECOME SUPPORT

Tuesday, May 12, 2015

PA and Trend Analysis

TREND adalah sesuatu yang SUBJECTIVE. Setiap TF mempunya TREND masing-masing. UPTREND/DOWNTREND di TF yang lebih kecil mungkin hanyalah RETRACEMENT di TF yang lebih BESAR.

Saya menggunakan PA (Price Action) untuk mengenalpasti arah TREND SEMASA. Saya berpendapat PA adalah THE BEST INDICATOR jika di bandingkan dengan lain2 indicators yang lagging.

Untuk memahirkan diri dengan PA anda harus memahami Konsep Analisa PEAKS & TROUGHS (Analisa Puncak & Lembah)atau dalam lain perkataan mungkin boleh di sebut sebagai Analisa Swing High & Swing Low

ANALISA PEAKS & TROUGHS

UPTREND-----> a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menaik)

L - Low, H - High, HL - Higher Low, HH - Higher High


DOWNTREND-----> a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menurun)

H - High, L - Low, LH -Lower High, LL - Lower Low

JOM KITA STUDY & lihat CONTOH PA UPTREND

Chart EU TF 1 HR -----> Analisa Peaks & Troughs












Perhatikan pada setiap bulatan yang saya tandakan. Itu adalah Peaks & Troughs (Puncak & lembah / swing high & swing low)

Untuk UPTREND, PA mesti di mulakan dgn L(low) di ikuti dgn H(high), lepas tu HL(higer low) & HH(higher high), HL, HH and so on

Cuba lihat Peaks -----> 1. H (high) 2. HH (higher high) 3. HH (higher high).....maksudnya peak yang kemudian mesti lebih tinggi dari peak yang sebelumnya untuk terjadinya UPTREND.

Cuba lihat Troughs -----> 1. L (low) 2. HL (higher low) 3. HL (higher low) 4.HL (higher low)......maksudnya trough yang kemudian mesti lebih tinggi dari trough yang sebelumnya untuk terjadinya UPTREND.

Inilah apa yang di maksudkan UPTREND = a series of rising peaks and troughs

Chart EU TF 1 HR ------> PA UPTREND











Dalam UPTREND, price tidak bergerak menaik dalam satu garisan lurus, tetapi bergerak dalam bentuk pattern zigzag.....Rally Up dan Retracement. Chart cukup JELAS menunjukkan Trend adalah UPTREND.

Chart EU TF 1 HR -----> Penggabungan PA & Basic Trading dengan memanafaatkan keunikan FENOMENA ROLE REVERSAL telah menghasilkan satu Trading System yang cukup SIMPLE & PROFITABLE - TEKNIK CSR100.










Untuk DOWNTREND sila gunakan KONSEP yang sama tetapi dalam situasi berbeza (menurun).

Monday, May 11, 2015

Kenalpasti Trend Semasa Dlm FlipTrade Ala CSR


Cth: PA UPTREND










A.TREND

PA = PRICE ACTION -------> CARA UNTUK MENGENALPASTI TREND SEMASA = THE BEST LEADING INDICATOR


A1. UPTREND-----> a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya TREND MENAIK)

L - Low, H - High, HL - Higher Low, HH - Higher High

PA UPTREND = L, H, HL, HH, HL, HH & so on

ACTION -------> UPTREND = BUY AJA

A2. DOWNTREND-----> a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya TREND MENURUN)


H - High, L - Low, LH -Lower High, LL - Lower Low


PA DOWNTREND = H, L, LH, LL, LH, LL & so on


ACTION ------> DOWNTREND = SELL AJA




Cth: PA Downtrend









B. ASAS TRADING

TIGA (3) perkara penting yang sentiasa perlu di ingat dan di patuhi bila TRADING.


1. TRADE WITH THE TREND -----> Trend is your friend, jadikan Trend sebagai "Girlfriend/Aweks" anda

Jangan sekali-kali melawan Trend (pantang larang utama trading ni). Lebih mudah untuk untung jika anda "Trade with the Trend" di bandingkan dengan "Trade melawan Trend". UPTREND = BUY AJA. DOWNTREND = SELL AJA

2. BUY AT SUPPORT --------> Buyers enter the market at Support and take control from the sellers. Maksudnya enter "TRADE BUY " hanya di "SUPPORT" sahaja. Kalau BUY di Resistance kira tak betul lah. Cari Nahas aja. Untuk TEKNIK CSR100 ----> BUY di RBS (Resistance Become Support)











3. SELL AT RESISTANCE -----> Sellers enter the market at Resistance and take control from the buyers. Maksudnya enter "TRADE SELL" hanya di "RESISTANCE sahaja. Kalau SELL di Support kira tak betul lah. Cari Nahas aja. Untuk TEKNIK CSR100 -----> SELL di SBR (Support Become Resistance)

Sunday, May 10, 2015

Rule Untuk Trade FlipTrade Ala CSR

1. KENAL PASTI ARAH TREND -----> Setiap TF mempunyai Trend sendiri, pastikan kita Trade with the Trend dengan higher TF. Trading with the Trend on one TF higher akan memberikan keputusan yang baik, manakala 2 atau lebih sama Trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan.

  1. A1. Jika anda trading di TF 4 HR, gunakan TF Daily untuk melihat Trend
  2. A2. Jika anda trading di TF 1 HR, gunakan TF 4 HR untuk melihat Trend
  3. A3. Jika anda trading di TF 15m, gunakn TF 1 HR Hr untuk melihat Trend


2. ENTER POSTION, TARGET PROFIT (TP) DAN STOP LOSS (SL)

DOWNTREND = SBR = SELL AJA
  • A. ENTER POST -------> Selepas berlakunya Breakout dan membentuk New Low, biasanya Price akan RETRACE dan Retest beberapa kali di garisan SBR. (1st RETEST, 2nd RETEST atau 3RD RETEST). Jika Price masih gagal melepasi SBR setelah beberapa kali mencuba (RETEST), ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya meng"confirm"kan ianya SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd RETEST untuk enter Post.
  • B. TP --------> Lowest point selepas Breakout (New Low / Latest Support). Anda boleh hold Post kerana kemungkinan untuk Price break Support adalah tinggi di sebabkan kita Trade with the trend. Min TP untuk CSR100 = 100 pips.
  • C. SL--------> Beberapa pips diatas SBR atau ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sangup rugi!

UPTREND = RBS = BUY AJA

  • A. ENTER POST -------> Selepas berlakunya breakout dan membentuk New High, biasanya Price akan RETRACE dan Retest beberapa kali di garisan RBS. (1st RETEST, 2nd RETEST atau 3RD rd RETEST). Jika Price masih gagal melepasi RBS setelah beberapa kali mencuba (RETEST) , ini menunjukkan RBS itu cukup kuat dan seterusnya meng"confirm"kan ianya RBS yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd RETEST untuk enter post.
  • B. TP --------> Highest point selepas Breakout (New High / Latest Resistance ). Anda boleh hold Post kerana kemungkinan untuk price break Resistance adalah tinggi di sebabkan kita Trade with the Trend. Min TP untuk CSR100 = 100 pips.
  • C. SL--------> Beberapa pips dibawah RBS atau ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah yang anda sangup rugi!

Tuesday, May 5, 2015

Intipati FlipTrade Ala CSR

Fungsi Role Reversal dalam FlipTrade ala CSR

SBR = Support become Resistance -----> Maksudnya Support telah bertukar fungsi kepada Resistance. Mula2 line/zone itu berfungsi sebagai Support tetapi selepas berlaku breakout, Support tadi bertukar fungsi pula sebagai Resistance

RBS = Resistance become Support ------> Maksudnya Resistance telah bertukar fungsi kepada Support. Mula2 line/zone itu berfungsi sebagai Resistance tetapi selepas berlaku breakout, Resistance tadi bertukar fungsi pula sebagai Support.

FENOMENA ini di kenali sebagai "ROLE REVERSAL"

TEKNIK CSR100 adalah gabungan "BASIC TRADING RULES" (BUY at Support & SELL at Resistance) dengan keunikan "FENOMENA ROLE REVERSAL." dan berpaksikan kepada "TRADE WITH THE TREND". Hasilnya satu TEKNIK yang cukup lengkap, simple & profitable


Practice Sampai LEBAM

Yang paling PENTING adalah PRACTICE, PRACTISE & PRACTISE sampai LEBAM.

Nasihat dari Bro Vegas - Mr Tunnel " I am going to give you the only bit of professional trader advice. One (1), Investigate a method that you believe makes money over time and stick with it. Two (2), Try to understand the theoretical underpinnings of the model. Three (3), Trade small until totally convinced method works. Four (4), Your success [profits] comes from implementing the method correctly, not guessing where the market is headed. Five (5), Read number 4 again. Six (6), Give up thinking during market hours. Thinking comes when the machines are turned off, not in the heat of battle"

Tugas Anda Practice... Practice.. Practice

Fungsi Label PA dalam CHART

Saya berpendapat bahawa melabel PA tu satu displin yang wajib di buat di sebabkan PA tu adalah teras kepada Teknik CSR100 ....tak kira lah samada anda seorang newbies atau pun otai CSR100. Melabel PA di chart bukan sahaja memudahkan anda mengenalpasti Setup CSR100 bahkan menjadikan chart anda lebih informative, lebih mudah difahami oleh orang lain dan lebih sempurna. Nasihat saya.....JOM labelkan chart anda dengan PA demi kebaikan bersama dan kesempurnaan Teknik CSR100 itu sendiri - Masta JGV100
Sumber: Sini

Entry Mesti Berhampiran Dengan 1st Retest Level

Digalakkan untuk enter post pada point/harga sehampir mungkin dengan harga 1st Retest. Pada saya yang penting adalah di mana nak setkan SL. Lebih jauh entry point dari harga 1st Retest akan menjadikan SL anda lebih besar.

Untuk entry Sell pastikan anda Sell di SBR sahaja. Yang penting Setup CSR100 untuk Sell telah di kenalpasti dimana2 jua TF.

Selagi tak Hit SL selagi itulah Setup anda masih di kira valid. Valid atau tidak Setup itu pula bergantung kepada kedudukan PA anda. Itu sebab melabel PA adalah satu perkara yang amat2 di galakkan untuk mendapat Setup yang benar2 mematuhi Rules CSr100

Sumber: Sini

Sumber: Sini

Boleh Enter On 3rd Retest JIKA

1. Trade pada 2nd Retest belum Hit TP lagi (double bottom belum terbentuk).....jika dah Hit TP abaikan aja 3rd Retest.

2. R:R yang cukup mengoda. 1st & 2nd Retest adalah filter kita. SL boleh di letakan beberapa pips di atas 1st/2nd Retest. Dalam kes ini, katakan kita bubuh SL = 20 pips, TP Min = 100 pips ----> Risk : Reward 1 : 5, katakan kita bubuh SL = 20 pips, TP Max = 200 pips -----> Risk : Reward 1 : 10 .......apa tunggu lagi...terjun le ....kalau Hit SL = Min Aja, kalau Hit TP = Alhamdulilah
Jangan CAMPUR ADUKKAN SBR DAN RBS DLM SATU CHART YANG SAMA

Secara asasnya, price hanya bergerak dalam sesuatu masa, price tidak mungkin UPTREND DAN DOWNTREND, dalam masa yg SAMA.


1. Jangan campur adukan dua setup yang berlainan di dalam satu chart (SBR & RBS dalam satu chart). Buat asing2. Jika anda nampak trend semasa UPTREND, potensi BUY (RBS) .....abaikan Setup Sell (SBR) pada chart yang sama, begitu juga sebaliknya. Ini untuk mengelakkan kekeliruan.

2. Gunakan ZOOM in / ZOOM out untuk melihat PA dengan lebih jelas.

3. Untuk PA Uptrend....locate dimana point paling rendah (L). Labelkan di chart mengikut turutan. L, H, HL, breakout, HH, HL (entry point), HH (TP). Untuk PA Downtrend adalah sebaliknya. H, L, LH, breakout, LL, LH (entry point), LL (TP).

4. Copycat 100% chart ala CSR. Practise, practise & practise sampai lebam



Summary:


Mahirkan diri untuk menCARI PA TREND
Mahirkan diri untuk menCARI CSR SETUP
Wait for ENTRY

CHART UNTUK RUJUKAN

PA Trend at H4 (Trading Time Frame)  is UP TREND
Breakouts At H (Peaks)
Significant High @ HH
Bounces @ RBS - Best To Buy



UPDATE GOLD H4



UPDATE GOLD H4

Friday, May 1, 2015

Flip Trade Ala CSR Law and Rules

  

1. Kenal pasti Arah Trend -----> Setiap Tf mempunyai trend sendiri, posisi terbaik sekiranya kita trade with the trend searah dengan higher TF. Trading with trend searah dengan one times tf higher akan memberikan peluang yang lebih baik, manakala 2 atau lebih sama trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan. Boss always Right, workers hanya follow arahan. Higher TF ialah Boss, Lower TF ialah workers.

2. ENTER POSITION, TARGET PROFIT DAN STOP LOSS

DOWNTREND (SELL AJA)

A. ENTER POST -------> Selepas fenomena SBR terjadi biasanya price akan Retest bebarapa kali ke garisan SBR. (1st RETEST, 2nd RETEST atau 3RD rd RETEST). Jika price masih gagal melepasi SBR setelah bebarapa kali RETEST , ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya meng "confirmkan" itu SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd RETEST untuk enter post.

B. TP --------> Lowest point selepas Breakout (Support). Anda boleh hold post kerana kemungkinan untuk price break support adalah tinggi di sebabkan kita trade with the trend.

C. SL--------> Beberapa pips diatas SBR.(ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sanggup rugi?

UNTUK UPTREND ADALAH SEBALIKNYA.